Monday, May 25, 2009

2 kondisi..

menariknya hari ini aku terbaca paper on9 akan dua situasi berbeza.satu dibandar besar dan satu lagi perkampungan kecil mungkin juga dipedalaman





di Kuala lumpur..umat2 ini mengeluh kerana tidak puas hati dengan sistem pengangkutan awam yang disediakan.

umat bersesak2 untuk menaiki pengangkutan awam yang disediakan.especially waktu puncak diawal pagi dan petang.

umat2 ini mengeluh kerana terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket dikaunter.tunggu turn untuk menaiki PUTRA/MONOREL/STAR and etc.

kemudian terpaksa bersesak2 di dalam tren semata2 utk sampai ke tempat keje on time.kesian umat2 ni..mereka musti letih, penat,tensen,bengang..sume perasaan tu ada.

tapi....



dipedalaman Sabah contohnya daerah TEnom.umat2 disana tidak perlu beratur panjang seperti dibandar besar untuk membeli tiket kt kaunter.umat 2 ini juga tak perlu susah2 menunggu turn untuk naek tren seperti yang terpaksa dilalui umat2 di bandar besar.mereka juga tak payah nak bersesak2 semasa menaiki tren jika dibandingkan umat2 dibandar besar .

umat2 di pedalaman ni cuma perlu keluarkan bugjet untuk membuat troli sendiri utk dijadikan tren peribadi(bunyinya mcm eksklusif bukan).meski mereka kais pagi makan pagi kais petang belum tentu dapat makan petang

umat2 ini perlu mengayuh(kalau itulah istilah yg betul) untuk mengerakan tren peribadi mereka sendiri.tak jauh..cuma 10 kilometer yang memerlukan 2 jam kayuhan tanpa henti..tak kira hujan panas puting beliung ribut taufan.

umat2 ini perlu menangkat barang berniaga seperti hasil hutan,getah sekerap,sayur sayuran utk dijual dengan tren peribadi mereka.kadang2 mereka juga membawa ahli keluarga yang sakit dengan tren peribadi ini kehospital.(istilah ambulan peribadi juga boleh dipertimbangkan kot)




so......situasi mana yang lebih menangkap emosi ehsan kamo??tak mampo nak pikir?ok..aku bagi pilihan..pilih salah satu:

a) situasi dibandar besar yg dipaparkan dimuka hadapan akhbar

b) situasi di pedalaman yang dipaparkan sekadar sisipan akhbar


memang sukar membuat pilihan.....

3 comments:

alhariesz said...

aduuuh....sadisnya....

Kalo dipikir2, direnung2 balik....yang mana pula yg jadi tumpuan dan dilawati YB atau wakil2 rakyat...yg masuk paper dan TV...?

mesti yg A kan...cam 'ADEGAN KOMUTER' tempoh hari....sbb yg B takde sape nak kisah, suara2 mereka takde sape yg dengar....wakil rakyat jengah kepale pun cuma bila nak kaut undi....

thank u untuk entry ini...an 'eye opener'... :)

FendyHekka said...

ko pi wat mcm kt tenom tu kt KL. pi la kalo nk kne karan...

YUSRIE MOHD YAMIN said...

thnx alharieszz....

fendy..boleh je...dari mentakab gitu ...ke kl..ko smbut aku ngn kompang kt kl nnti..ada sanggup?