Sunday, May 10, 2009

KHAS UNTUK MAMA...

dulu dia selalu besengkang mata menemankan aku membuah kerja rumah yang bertimbun2 .aku tahu dia letih seharian menguruskan adik adik ku yang 3 org itu.dia memasak,mengemas rumah,membasuh baju.tak pernah pula kedengaran keluhan dia

pernah sekali aku dimarah ayah kerana tak mahu ikut balik kampung.masa tu 1 syawal.sedang elok baru lepas sembahyang hari raya.aku bagi alasan aku letih sebab kurang tdo.ayah aku bengang.lantas menempelak aku.tiba2 dia backup aku.dia cakap elok2 dengan ayah.akibatnya mereka bergaduh.dia menangis.masa itu semua adik beradik ku melihat peristiwa itu.aku bersalah .kerana aku pergaduhan terjadi.pada hari yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan.


suatu pagi.perkara mengejutkan terjadi.dia tergelincir didapur.kerana lantai yang licin.dia terpaksa dimasukkan ke hospital kerana buku lali bengkak.masa tu kami adik beradik begilir2 jaga dia dihospital.siang dan malam.sedih tengok dia menahan sakit.


pernah adik bongsuku ,najib dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan.dialah orang yang paling risau.4 hari adikku dimasukkan kehospital,4hari itu jugalah dia tidak balik rumah langsung.setia menemani adikku di hospital.wajahnya sentiasa risau.aku dan adik beradik yang lain setiap hari membawa makanan dan baju persalinan ke hospital.



semua ini baru sedikit yang mampu aku ceritakan tentang pengorbanan mama yang ku sayang.aku tak pernah dan takkn melupakan setiap yg dilakukan mama untuk kami 6 orang adik beradik.aku mahu menyenangkan bapa dan mama bila sudah bekerja kelak...


untuk mama: SELAMAT HARI IBU



2 comments:

Aloy Paradoks said...

moga syurgalah tempat mama lu..

TAR said...

kisah mu ini membuat ku sedih, aku merindui ibu-ku yg tidak sempat aku tatapi di saat akhir kepergiannya... apatah lagi ibu-ku pergi sehari sebelum syawal.. sekalian yg masih ada ibu, hargailah ibu kalian..